KISAH ASAL
USUL HAJAR ASWAD
Ketika Nabi Ibrahim
a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada
mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama
Nabi Ismail bertungkus lumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut
batu dari berbagai gunung.
Dalam sebuah kisah
disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih
merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata
Nabi Ismail berkata, "Pergilah
engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi
manusia."
Kemudian Nabi Ismail
a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan
sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba- tiba
datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail
dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s.
merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa
kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"
Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak
memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."
Nabi Ibrahim mencium
lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad
itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf
di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut
ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan
isyarat lambaian tangan saja.
Ada riwayat menyatakan
bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh
setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat
sekarang. Wallahu a'alam.
Apabila manusia
mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi
Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu
merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana,
Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu
mencium Hajar Aswad supaya tidak menyekutukan Allah, sebab tipu daya syaitan
kuat di Tanah Suci Mekah.
Ingatlah kata-kata
Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah
batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu
aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."